Thursday, December 25

Kolej Profesional Mara Seri Iskandar


Assalamualaikum.

Pernah dengar KPM? Singkatan kepada Kolej Profesional Mara. Ini fully MARA. Jikalau anda salah seorang dibawah tanggungan MARA , Tahniah buat anda kerana bukan calang calang orang dapat tanggungan MARA. MARA ni banyak kelebihan lagi lagi MARA memang nak kita ni yang anak melayu ni berkembang , berinovatif , berpotensi dan bersemangat menjadi anak bangsa yang berjaya. MARA hendak mendidik kita supaya jadi pelajar bekerjaya. In shaa Allah dengar rezeki Allah limpahkan , saya menggunakan peluang yang MARA berikan. Saya berpeluang belajar di KPM Seri Iskandar. Alhamdulillah, syukur.

KPMSI? Maaf Seri iskandar takdelah dalam sangat macam mana tahun ibubapa kita belajar disitu. Hihii. Seri iskandar sebuah tempat yang baru nak dinaik taraf. Banyak institusi di Seri Iskandar salah satunya Universiti Teknologi Petronas (UTP) , UiTM, IKBN dan lain2. Banyak je naik , macam billion, Nafeesa iaitu Nilai 3 kot tak silap. Banyak dah sekarang , macd, kfc, domino, pizza hut , hotel semua dekat. semua dalam Seri Iskandar. Yang baru, buggerbyte, Vendor lagi lahhh tarikan kepada student.

Sepanjang saya belajar di KPMSI , sangat sangat lah seronok. Dengan lecturer yang baik , kawasan yang taklah sosial sangat. Siap dapat elaun lagi setiap bulan RM300. Tak bersyukur lagi? MARA tanggung semua , kita belajar pun percuma. Tanya kawan-kawan anda , siapa yang belajar diploma percuma? MARA sahaja. Bebas pinjaman dari jumlah yang tinggi. Bila anda skor setiap sem , In shaa Allah MARA taja anda belajar di luar negara. Bersyukurlah wahai pembacaku. Pelajar dari KPMSI pun ada yang pergi belajar di luar negara, UK.

Jadilah pelajar yang berwawasan, tiada yang indah buat ibubapa ingin menginginkan anak anaknya berjaya di masa hadapan kelak. Kita sama sama bangkit dan bangun melahirkan generasi yang bermatlamat tinggi dan berwawasan! Rancang perjalanan masa hadapan anda dengan teliti agar tidak jatuh dari landasan. In shaa Allah dengan dorongan dan sokongan ibubapa kita boleh. Allah tak pernah rancang buruk-buruk dekat kita, Kuatkan diri. Lumrah belajar memang ada naik turun, In shaa Allah dengan izin Allah kita dipertemukan di KPMSI.

KPMSI is the best, KPMSI KPMSI KPMSI!